Dari Dapur Burung Pungguk

Dari Dapur Burung Pungguk

Monday, 26 January 2015

Pasta Small Shells yang comel sesangat





Assalammualaikum.

Hari ni nak perkenalkan menu baru yang burung pungguk masak untuk kami seisi keluarga.
Sudah selalu sangat makan spageti ataupun makaroni.
Sekali sekala nak juga cuba jenis-jenis pasta yang berlainan dan pelbagai bentuk.


Minggu ni burung pungguk ambil keputusan untuk capai dan beli sebungkus pasta small shells di pasaraya Econsave dekat dengan rumah burung pungguk. Sambil jalan2 pusing pasaraya tu, otak ligat juga memikirkan sos apa yg burung pungguk nak matching kan dgn pasta yang comel2 ni.

Memang comel sesangat pasta ni. Bentuk seperti kulit kerang. Burung pungguk pasti anak2 akan suka apabila tengok pasta2 ni nanti. Pasti minat mereka untuk makan membuak2 nanti. Bila anak2 gembira makan masakan ibu, tentulah kita juga akan gembira.

Pusing punya pusing, sampailah burung pungguk ke bahagian milk and dairy kat supermarket tu. Tengok punya tengok, burung pungguk ternampak cooking cream. Mmmmm rasa mcm sdp jugak kalau digandingkan dgn pasta tu nanti. Budget yg ada dlm tgn ni pun x byk sgt. Nak mkn sdp2 tp kita kena pandai juga ikut budget kita. Bila difikir2 balik cara nak buat carbonara, kalau ikut resipi asalnya, mmg tak cukuplah duit kat dlm wallet ni. Maka, utk memastikan hidangan utk keluarga nant tetap rasa sdp dan menarik, burung pungguk pun cpt2 fikir apa brg yg boleh burung pungguk jimatkan.

Burung pungguk ambil keputusan utk beli sos carbonara prego, cooking cream, small shells pasta, cendawan butang. 4 bahan je. Jimatkan? Sedap? Tak sedap? Nak tau sedap ke tak kenalahcuba. Yang penting, Confirm sedap. Sebelum pergi kaunter bayaran, sempat lg burung pungguk capai sepeket sosej blackpaper jenama Ayamas dan juga setin kecil sos tradisional prego. Utk tmbh2 nanti kalau x cukup.

Tak sampai rm30 dah dapat smua bahan2 ni. Maka, balik rumah burung pungguk pun mula memasak hidangan malam utk hari ni.

Cara2 nak buat senang je. Senang sesangat.

Mula2 rebus small shells pasta dgn air yg telah mendidih. Air tersebut burung pungguk dah campurkan dgn garam dan marjerun. Kalau takde marjerin boleh gantikan dengan minyak masak je. Masak pasta ni tak payah lama2 sebab pasta ni tak sama macam spageti yg kita selalu masak tu. Sekejap je dia da lembut. Jadi kena selalu tengok2 takut terkebut sangat nanti kerang pecah tak cantik plak bentuknye. Kalau dah masak dan sesedap rasa kenyalnya tu, dah bolehlah diangkat dan ditapis airnya. Lalukan seketika dibawah air biasa. Tujuannya supaya dah tak melekat lagi, dan supaya kekenyalannya sedang2 sahaja.



Panaskan sedikit mentega di dalam kuali. Tumiskan bawang bsr dan bwg kecil yg telah dicincang halus.. lps bhn2 yg ditumis kekuningan dan naik bau, masukkn cendawan yang telah dipotong dadu atau ape2 sahaja bentuk yang anda suka. Setelah agak2 masak, anda boleh campurkan sos carbonara. Tumis bersama bahan2 tdi. Lepas tu, masukkan cooking cream sedikit demi sedikit. Ikut sukalah nak  isi sebanyak mana. Ikutlah banyak mana kuah yg anda nak. Sebenarnya anda boleh juga tambahkan susu  fresh milk tu. Manalah tau kalau pekat sgt cooking cream tu kan. Jgn ditmbh air. Kalau rasa pekat tmbhkn susu.



Dah siap dah sos kita. Senangkan? Tak perlu banyak2 bahan. Tapi kalau ada yg suka letak daging cincang pun bleh jugak. Kena pastikan daging tu ditumis dgn bwg sehingga empuk,baru bleh masukkan cooking cream dan sos carbonara.

Apa burung pungguk buat dgn sosej blackpaper Ayamas td? Snang je. Nak bg anak2 mkn dgn lebih berselera, burung pungguk panaskan sosej tu dlm microsave je, Lps tu burung pungguk hiris nipis2dan kemas2. Tuangkan sos carbonara atas pasta td dan hiaskan dgn sosej yg telah dihiris td.



Disebabkan burung pungguk ni berlidah Melayu, maka burung pungguk pun hiriskan cili padi hijau utk burung pungguk dan suami. Org putih campur melayu. Tak pedas tak sah.



Mmg lazat, mmg sedap, Lagi2 pekena dgn cili padi. Anak2 siap tmbh lg berpinggan2. Mak mertua tak toleh kiri kanan lagi. Sedap sgtla tu. Disedapkan sos tu x cukup, maka terpaksalah masak sos tradisonal prego tu. Tomato pun laju je anak2 makan.




Nak masak sedap, nak rasa bahagia, nak enjoy mcm mkn kat restoran Itali tp nak mkn santai2 kat rumah sambil relax2.. apakata kita masak sendiri. Senang, cepat, mudah. Anak2 gembira, suami bahagia, kita senang hati, walaupun penat seharian bekerja.

Selamat mencuba utk anda semua.

Sekian, terima kasih.

Assalammualaikum.

Salam sayang,
Burung Pungguk

No comments:

Post a Comment