Dari Dapur Burung Pungguk

Dari Dapur Burung Pungguk

Friday, 30 January 2015

Mi Asam Laksa bersama Pucuk Kacang Panjang Goreng


Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni nak kongsi menu simple yang dimasak masa kat tempat kerja hari tu. Kerja syif petang, lapar tahap gaban. Lepas solat Maghrib makin menggelegak-gelegak pulak perut ni nak cari makanan. Pergi pantri tengok-tengok ada pulak maggi asam laksa. Dalam peti ais ada pula kacang panjang dan pucuk kacang yang dipetik kat belakang pejabat petang tadi. Hahaha mesti kawan2 pelik kan. Burung pungguk ni kerja kat manalah sampai belakang pejabat pun ada kebun. Nanti lain kali ada masa burung pungguk akan cite. 


Tanpa membuang masa lagi, burung pungguk pun hiris bawang merah, bawang putih dan cili padi(banyak2 sbb nak pedas).

Masak maggi macam biasalah. Hahahaha.. takkan kawan2 tak tau kan?? Asam Laksa memang kaw kaw kemasamannya. Memang sedap.

Sbut pasal pucuk kacang panjang. Mesti kawan2 tak pernah makan sesangatkan?? Kalau pernah makan pun mesti sebab kawan2 ada tanam pokok kacang panjang kat rumah kan? Ha kat pasar memang tak dapat nye ni. Selalu pun burung pungguk pergi pasar memang takde jual pun pucuk ni. Nasib badan lah walaupun dah usia tua2 ni baru nak rasa makan pucuk ni. Itupun sebab mak mertua cakap pucuk tu boleh makan. Apa lagi, habis togel semua pucuk kacang kat belakang pejabat tu saya petik. Hahahaha

Tumis macam biasa. Macam tumis sayur. Burung pungguk campurkan dengan kacang panjang supaya nampak lebih banyak sikit dan lebih menarik.Kaw kaw dan pedas2. Memang syok.

Time nak makan pulak dah la sorang2. Maklumlah kerja sorang2. Buka2 laci terpandanglah pula chopstick. Terlintas idea makan ala2 chinese style plak. Jadilah walaupun sorang2 utk hiburkan hati burung pungguk ni.

Sedap memang sedap.
hahahahha
Chinese style gitu.

Utk kawan2 yang teringin nak makan pucuk kacang panjang, bolehlah cari lepas ni kat kebun2 kacang panjang. Macam2 cara boleh masa pucuk tu. Boleh masak lemak dan goreng.

Selamat mencari pucuk kacang panjang dan memasaknya.
Sekian, bye bye.

Salam Sayang,
Burung Pungguk.

Thursday, 29 January 2015

Juadah Jamuan Di Pejabat

Juadah Jamuan

Assalammualaikum w.b.t...

Selamat selamat semua.. Semoga selamat hendaknya..

Hari ni burung pungguk rasa nak share skit pasal juadah2 istimewa yg sempat disediakan masa buat jamuan kat office hari tu. Jamuan simple je. Motif sebenarnya nak sambut harijadi staf dan sekaligus farewell utk staf yang dah nak tukar jabatan lain. Takdelah masak apa yang special dan takdelah banyak sangat, cuma itu jerla yang terhidang kat atas meja tu. Santai2 je.



Antara menu yang dimasak ialah :


  1. Mi hun tomyam campur (khas diimport dari Bangkok, Thailand) = menu utama
  2. Nasi putih
  3. Sayur goreng chap chai
  4. Sawi goreng (petik kat kebun belakang pejabat)
  5. Telur dadar gulung
  6. Mix fruits (pencuci mulut)
  7. Keropok sotong
  8. Keropok keju
  9. Kek (beli kat Season je)
  10. Air laici bersama jeli

Mmmmm.. walaupun nampak macam murah je, tp itu jerla menu yg simple yg mampu kami semua masak. Sedap ke tak?Mestilah sedap. Kalau tak sedap takkanlah licin dibuatnya. Hidangan untuk 10 orang. Cukuplah tu. Alhamdulillah siap juga masak akhirnya.Selain bekerja, kita pun kena enjoy dengan rakan2 sekerja kan. Masak sama2, gotong-royong, tu semua dapat mengeratkan hubungan sesama staf. Bukan utk staf je, kat rumah pun boleh buat dgn kawan-kawan tau.Burung pungguk memang suka masak2 macam ni makan dgn kawan2 atau pun saudara-mara. Tapi peluang macam ni tak selalunya ada dan kadang-kala memang nak tengok pada budget juga. Hehehehe


Yang penting semua orang enjoy dan bersyukur dengan apa yang ada.

Itu sahajalah yang burung pungguk nak kongsi buat masa sekarang ni.

Semoga berjumpa lagi di lain2 perkongsian.

Selamat membuat juadah untuk mengeratkan hubungan sesama manusia ditambah dengan resepi kebahagiaan dan keihklasan.


Salam sayang,

Burung Pungguk.

Monday, 26 January 2015

Pasta Small Shells yang comel sesangat





Assalammualaikum.

Hari ni nak perkenalkan menu baru yang burung pungguk masak untuk kami seisi keluarga.
Sudah selalu sangat makan spageti ataupun makaroni.
Sekali sekala nak juga cuba jenis-jenis pasta yang berlainan dan pelbagai bentuk.


Minggu ni burung pungguk ambil keputusan untuk capai dan beli sebungkus pasta small shells di pasaraya Econsave dekat dengan rumah burung pungguk. Sambil jalan2 pusing pasaraya tu, otak ligat juga memikirkan sos apa yg burung pungguk nak matching kan dgn pasta yang comel2 ni.

Memang comel sesangat pasta ni. Bentuk seperti kulit kerang. Burung pungguk pasti anak2 akan suka apabila tengok pasta2 ni nanti. Pasti minat mereka untuk makan membuak2 nanti. Bila anak2 gembira makan masakan ibu, tentulah kita juga akan gembira.

Pusing punya pusing, sampailah burung pungguk ke bahagian milk and dairy kat supermarket tu. Tengok punya tengok, burung pungguk ternampak cooking cream. Mmmmm rasa mcm sdp jugak kalau digandingkan dgn pasta tu nanti. Budget yg ada dlm tgn ni pun x byk sgt. Nak mkn sdp2 tp kita kena pandai juga ikut budget kita. Bila difikir2 balik cara nak buat carbonara, kalau ikut resipi asalnya, mmg tak cukuplah duit kat dlm wallet ni. Maka, utk memastikan hidangan utk keluarga nant tetap rasa sdp dan menarik, burung pungguk pun cpt2 fikir apa brg yg boleh burung pungguk jimatkan.

Burung pungguk ambil keputusan utk beli sos carbonara prego, cooking cream, small shells pasta, cendawan butang. 4 bahan je. Jimatkan? Sedap? Tak sedap? Nak tau sedap ke tak kenalahcuba. Yang penting, Confirm sedap. Sebelum pergi kaunter bayaran, sempat lg burung pungguk capai sepeket sosej blackpaper jenama Ayamas dan juga setin kecil sos tradisional prego. Utk tmbh2 nanti kalau x cukup.

Tak sampai rm30 dah dapat smua bahan2 ni. Maka, balik rumah burung pungguk pun mula memasak hidangan malam utk hari ni.

Cara2 nak buat senang je. Senang sesangat.

Mula2 rebus small shells pasta dgn air yg telah mendidih. Air tersebut burung pungguk dah campurkan dgn garam dan marjerun. Kalau takde marjerin boleh gantikan dengan minyak masak je. Masak pasta ni tak payah lama2 sebab pasta ni tak sama macam spageti yg kita selalu masak tu. Sekejap je dia da lembut. Jadi kena selalu tengok2 takut terkebut sangat nanti kerang pecah tak cantik plak bentuknye. Kalau dah masak dan sesedap rasa kenyalnya tu, dah bolehlah diangkat dan ditapis airnya. Lalukan seketika dibawah air biasa. Tujuannya supaya dah tak melekat lagi, dan supaya kekenyalannya sedang2 sahaja.



Panaskan sedikit mentega di dalam kuali. Tumiskan bawang bsr dan bwg kecil yg telah dicincang halus.. lps bhn2 yg ditumis kekuningan dan naik bau, masukkn cendawan yang telah dipotong dadu atau ape2 sahaja bentuk yang anda suka. Setelah agak2 masak, anda boleh campurkan sos carbonara. Tumis bersama bahan2 tdi. Lepas tu, masukkan cooking cream sedikit demi sedikit. Ikut sukalah nak  isi sebanyak mana. Ikutlah banyak mana kuah yg anda nak. Sebenarnya anda boleh juga tambahkan susu  fresh milk tu. Manalah tau kalau pekat sgt cooking cream tu kan. Jgn ditmbh air. Kalau rasa pekat tmbhkn susu.



Dah siap dah sos kita. Senangkan? Tak perlu banyak2 bahan. Tapi kalau ada yg suka letak daging cincang pun bleh jugak. Kena pastikan daging tu ditumis dgn bwg sehingga empuk,baru bleh masukkan cooking cream dan sos carbonara.

Apa burung pungguk buat dgn sosej blackpaper Ayamas td? Snang je. Nak bg anak2 mkn dgn lebih berselera, burung pungguk panaskan sosej tu dlm microsave je, Lps tu burung pungguk hiris nipis2dan kemas2. Tuangkan sos carbonara atas pasta td dan hiaskan dgn sosej yg telah dihiris td.



Disebabkan burung pungguk ni berlidah Melayu, maka burung pungguk pun hiriskan cili padi hijau utk burung pungguk dan suami. Org putih campur melayu. Tak pedas tak sah.



Mmg lazat, mmg sedap, Lagi2 pekena dgn cili padi. Anak2 siap tmbh lg berpinggan2. Mak mertua tak toleh kiri kanan lagi. Sedap sgtla tu. Disedapkan sos tu x cukup, maka terpaksalah masak sos tradisonal prego tu. Tomato pun laju je anak2 makan.




Nak masak sedap, nak rasa bahagia, nak enjoy mcm mkn kat restoran Itali tp nak mkn santai2 kat rumah sambil relax2.. apakata kita masak sendiri. Senang, cepat, mudah. Anak2 gembira, suami bahagia, kita senang hati, walaupun penat seharian bekerja.

Selamat mencuba utk anda semua.

Sekian, terima kasih.

Assalammualaikum.

Salam sayang,
Burung Pungguk