Dari Dapur Burung Pungguk

Dari Dapur Burung Pungguk

Friday, 6 February 2015

PECEL BERSAMA ULAM-ULAMAN


ASSALAMMUALAIKUM W.B.T.

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMUA. MESTI PENING KEPALA NAK FIKIR MENU APA YANG NAK DIHIDANGKAN UNTUK KELUARGA HUJUNG MINGGU NI KAN? JADI, HARI INI BURUNG PUNGGUK NAK SHARE SESUATU YANG BEST. SENANG DIMASAK, MUDAH DAN YANG PENTING LAZAT. BUKAN SAHAJA SESUAI DIHIDANGKAN UNTUK KELUARGA TETAPI JUGA SESUAI UNTUK TETAMU YANG DATANG KE RUMAH HUJUNG MINGGU INI. MENU ALA JAWA SIKIT, TAPI SEMUA ORANG BOLEH BUAT DAN MEMANG MANTAP.




SAMBAL KACANG ALA JAWA


Sambal kacang ala jawa ni paling senang nak buat. Burung Pungguk belajar daripada mak mertua Burung Pungguk yang berketurunan jawa. Bahan-bahannya senang sesangat untuk didapati.
  • kacang tanah
  • ikan bilis
  • bawang kecil
  • bawang putih
  • cili padi
  • cekur
  • air asam jawa
  • gula
  • garam
Itu je bahan-bahannya. Cara membuatnya pun senang juga.
  1. Sangai kacang tanah lepas tu tumbuk ikut suka hati nak lumat macamana. Burung Pungguk tak suka lumat sangat. Biar kasar-kasar sikit baru crunchy.
  2. Goreng kesemua bahan-bahan lain kat atas tu. Lepas dah goreng tu, satukan ikan bilis(lagi banyak lagi sedap), bawang kecil(sebiji je cukup), bawang putih(seulas je cukup), cili padi (ikut tahap kepedasan yang anda sukai), cekur(lagi banyak lagi sedap) dalam lesung batu dan tumbuk lumat-lumat seperti menumbuk sambal.
  3. Satukan kacang dan sambal yang ditumbuk tadi ke dalam mangkuk besar dan gaulkan kesemuanya bersama.
  4. Masukkan air asam jawa mengikut sukatan yang anda sukai. Janganlah masam-masam sangat. 
  5. Mesti masih nampak pekat kan? Oleh itu, anda perlu tambahkan air masak biasa untuk dapatkan tekstur yang menarik. Tak cair sangat dan tak pekat sangat.
  6. Akhir sekali, tambahkan gula dan garam mengikut citarasa anda. Siap untuk dihidangkan.


ULAM-ULAMAN






Ulam-ulaman dan bahan-bahan lain yang nak digabungkan dengan pecel bolehlah dibuat pelbagai mengikut citarasa anda semua. Apa sahaja daun-daun yang anda suka boleh dicelur dan dimakan dengan kuah pecel tadi. Antara ulam-ulaman yang Burung Pungguk celurkan kali ini ialah :

  • kacang panjang
  • pucuk ubi
  • kangkung
  • kacang botor
  • kubis
  • sayur raja
  • bendi
Ada banyak lagi yang anda boleh celur seperti kubis bunga, brokoli, dan macam-macam lagi sayur-sayuran. Cara nak celur senang sahaja. Panaskan air dakam periuk dan letak garam sikit. Kalau rebus pucuk ubi jangan lupa letak minyak sikit untuk hilangkan getah kelat pucuk ubi tu.

Burung Pungguk ada juga gorengkan tauhu dan tempe. Ini kegemaran suami. Sedap juga bila dimakan bersama kuah kacang tadi. Memang terangkat habis. Burung Pungguk goreng tauhu tu sebiji-sebiji sebab nak dapatkan kelembutan isi tauhu tu bila dimakan. Minyak mesti sangat panas ketika menggoreng. Barulah cantik. Burung Pungguk lumurkan sedikit serbuk kunyit dan garam pada tauhu dan tempe untuk menambahkan lagi kesedapannya.


SAMBAL KICAP



Tidak sah kalau ada tauhu dan tempe goreng tapi takde sambal kicap
 Memang kegemaran suami kalau ada tauhu goreng mesti kena ada sambal kicap. Sambal kicap ni senang sesangat nak buat. Ini pun ilmu yang diturunkan oleh mak mertua Burung Pungguk. Bahan-bahan untuk buat sambal kicap :

  • cili padi ikut kesukaan nak pedas tahap berapa
  • seulas bawang putih
  • kicap lemak manis
  • gula
Cara nak buat senang sahaja. Tumbuk cili padi bersama seulas sahaja bawang putih. Jangan banyak-banyak bawang nanti maung rasanya. Tumbukkan bersama sedikit gula. Akhir sekali, tambahkan kicap lemak manis dan gaulkan bersama. Sedia untuk dihidangkan. Sambal kicapa versi mak mertua Burung Pungguk.


SENANGKAN?
SELAMAT MENCUBA HIDANGAN YANG PALING SENANG. SEMESTINYA ANDA SEMUA PASTI BOLEH BUAT. SEHINGGA BERTEMU LAGI DI LAIN PERKONGSIAN.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.

SALAM SAYANG,
BURUNG PUNGGUK.





No comments:

Post a Comment